Kembali ke halaman utama  
Koleksi album-album Devotees

DEVOTEES yang bermaksud para pengabdi, telah ditubuhkan pada tahun 2004 dan dianggotai oleh 4 orang remaja iaitu Ahmad Shauqi Abu Kashim (Asahan, Melaka), Muhammad Mohd Tawil (Ranau, Sabah), Adi Akmal Sehrom (Johor Bahru, Johor), dan Abd Halim Ahmad (Kota Tinggi, Johor). Masih menuntut di pusat pengajian tinggi awam, mereka telah bertemu antara satu sama lain sejak dari zaman persekolahan dan juga melalui sesi uji bakat. Minat yang mendalam dalam seni nyanyian telah menggandingkan mereka dalam bidang ini melalui platform nasyid.

Biodata setiap anggota kumpulan Devotees
Forum Kerabat Devotees yang membincangkan tentang Devotees,  isu-isu semasa, hal-hal keagamaan, peristiwa bersejarah, dan lain-lain.
Galeri gambar-gambar istimewa dari Devotees
Muat Turun percuma berjenama Devotees seperti wallpaper, avatar, dan lain-lain.
Lihat produk-produk eksklusif berjenama Devotees keluaran D Voice Entertainment
 
Info korporat D Voice Entertainment

DEVOTEES menampilkan irama nasyid urban iaitu kesegaran dalam elemen-elemen muzik yang ditonjolkan. Dengan adunan pelbagai genre muzik, DEVOTEES telah pun melahirkan album sulung iaitu DEVOTEES dengan memuatkan lagu-lagu yang urban dan variasi. Antara komposer-komposer yang terlibat dalam penghasilan album sulung DEVOTEES ini ialah Yassin Sulaiman, Waheeda Wassini, Isman Isam (Hijjaz), Munif Ahmad (Hijjaz), Abu Bakar (Raihan), dan Along Exists.

Keratan dari akhbar dan majalah mengenai Devotees
Eksklusif video aktiviti Devotees seperti persembahan pentas, motivasi, dan lain-lain acara
Lihat jadual aktiviti bulanan Devotees
Lihat senarai saluran-saluran seperti radio, internet, laman web, dan rancangan tv yang mengenengahkan nasyid

Selain bergiat aktif dalam seni nyanyian, DEVOTEES juga sering menjayakan program-program motivasi samada sebagai penceramah jemputan mahupun sebagai penganjur program. Kelainan yang dibawakan dalam setiap sesi motivasi menjadi keistimewaan kumpulan ini, terutamanya dari segi kemantapan berkomunikasi dan interaksi dengan audien. Sebagai buah tangan tahunan, DEVOTEES juga tampil dengan album mini motivasi sebagai bahan pengisian program yang mengandungi lagu-lagu berunsur nasihat, peringatan, dan pengajaran.
 

    

 

     
D Voice Entertainment Neurotic Studio - Sound & Art Skills Kerabat Devotees - Interaktif Teraktif
Sertai komuniti Devotees di imeem! Percuma pradengar lagu-lagu dan tonton MTV Devotees, serta lain-lain lagi !Sertai rakan friendster Devotees. E-mail : devotees_team@yahoo.comBaca mengenai Devotees di Wikipedia, ensiklopedia internet anda!